Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Inderapura, di sini, mengagihkan kira-kira 100 Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat sempena Hari Kebangsaan 2021.
Pengerusinya, Azmi Ahmad, berkata agihan dilakukan secara serentak di jalan utama Taman Seri Inderapura dan di perkarangan Dewan Serbaguna Taman Seri Inderapura.
“Kita harap pemilik kereta dapat meletakan Jalur Gemilang yang diberikan pada kenderaan masing-masing sebagai tanda kebanggaan menyambut Hari Kebangsaan.
“Kita juga berharap semua penduduk Taman Seri Inderapura dapat memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.
“Saya merayu kepada semua penduduk Taman Seri Inderapura supaya dapat terus menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.