Helmy Abd Rahman dan Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Gambar Zulkepli Osman
KUANTAN: Kuantan kini mempunyai dua pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) apabila PAID Kuantan Barat memulakan operasi, mulai hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata kawasan pentadbiran PAID Kuantan Barat meliputi Mukim Kuala Kuantan 2 yang bermula dari Masjid Tanah Butih Baru, Mukim Kuala Kuantan dan Hulu Lepar.
“Selain itu, kawasan Gambang, Kampung Gelugur, Kampung Paya Rambutan, Paya Bungor dan Gugusan Felda Lepar Hilir yang sebelum ini di bawah pentadbiran PAID Maran, diserahkan kepada PAID Kuantan Barat.
“Ustaz Badaruddin Ahmad Bustami dilantik sebagai Kadi Daerah Kuantan Barat yang pertama, seiring dengan pengoperasian PAID Kuantan Barat,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan hari pertama pengoperasian PAID Kuantan Barat di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang Dato’ Dr Zulkifle Ali Al-Hafiz dan Kadi Daerah Kuantan, Mohd Rizzal Mohd Ali Nafiah.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, idea untuk mewujudkan PAID Kuantan Barat diilhamkan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Baginda berasakan perlunya pentadbiran agama dibesarkan susulan penduduk Kuantan yang semakin bertambah.
“Maka hari ini di mesyuarat EXCO, saya bentangkan mengenai dua pejabat pentadbiran agama iaitu PAID Kuantan dan PAID Kuantan Barat bagi memudahkan urusan berkaitan keagamaan,” katanya.
Menurutnya, antara skop perkhidmatan PAID Kuantan Barat membabitkan pengurusan nikah, cerai dan rujuk serta pengurusan masjid, surau dan tanah perkuburan.
“Selain itu, perkhidmatan pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain, guru Al-Quran Asrama serta penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah turut ditawarkan.
“Lokasi pejabat pula buat sementara beroperasi di Tingkat 2, Bangunan PAID Kuantan, manakala Kaunter Perkhidmatan Pelanggan sementara di aras bawah bangunan sama dan kita kini dalam proses mengenal pasti lokasi pejabat kekal PAID Kuantan Barat,” katanya.
Ends/tony