Kuantan pun ada rumah Hobbit la weh

Kuantan pun ada rumah Hobbit la weh

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com 

KUANTAN: Bagi menarik lebih ramai pengunjung bukan sahaja dari Kuantan dan daerah lain di Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) membina rumah Hobbit sebagai tarikan baharu di Zoo Mini Taman Teruntum, di sini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal berkata, pembinaan rumah Hobbit itu juga dijangka turut menarik pengunjung luar dari Pahang.

Katanya, rumah Hobbit yang dibina di zoo mini itu lebih kepada menarik pengunjung terutama mereka yang suka bergambar dan berswafoto.

“Rumah Hobbit ini tidak boleh dimasuki dan hanya boleh bergambar atau berswafoto di luar sahaja sebaik zoo mini ini dibuka kepada pengunjung pada awal tahun depan.

“Kita percaya dengan adanya rumah Hobbit ini yang terkenal dalam filem The Lord of The Rings menjadikan Zoo Mini Taman Teruntum sebagai tempat yang harus dikunjungi di Kuantan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.