KUANTAN 08 April 2023 (Fikrah Pahang ) – Bandar raya Kuantan diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.
Katanya lagi, antara aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagian adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.
Datuk Bandar Kuantan, Dato’ Hamdan Hussin memberitahu, kajian itu melibatkan 42,000 responden dari 117 pihak berkuasa tempatan (PBT).
Dalam pada itu, beliau berharap tiada lagi pengusaha makanan di bandar ini menggunakan polisterin sebagai bekas atau pembungkus makanan kepada pelanggan.
” Sebaiknya pengusaha makanan dan bazar Ramadan beralih menggunakan bekas makanan yang boleh dikitar semula dan sebagainya mengikut kesesuaian” katanya ketika ditemui di Majlis Ihya Ramadan Bersama Media di sini semalam.
Dato’ Hamdan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan berita apa yang telah dilaksanakan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dengan kerjasama agensi kerajaan terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Roadcare bagi menyelesaikan masalah jalan berlubang yang kini menjadi isu utama.
Oleh : Hariz Mustafa