Kuih raya, bubur lambuk sambut anak rantau Jerantut 

Kuih raya, bubur lambuk sambut anak rantau Jerantut 

JERANTUT:  Kepulangan anak rantau ke Jerantut bukan sahaja dinantikan oleh ibubapa dan keluarga tersayang tetapi mereka juga ditunggu oleh seluruh warga Jerantut. 

Ahli Parlimen Jerantut, Dato’ Ahmad Nazlan Idris berkata, selepas dua tahun tidak dapat mengadakan sambutan Aidilfitri, lebaran kali ini memang ditunggu oleh semua pihak. 

“Keseronokan menanti 1 Syawal membuatkan kami menyediakan kuih raya dan bubur lambuk kepada anak rantau ini,”  katanya dalam program Anak Perantau Pulang ke Kampung di Jalan Jerantut-Temerloh, hari ini. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris, dan Kadi Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa’ad. 

“Hari ini kita menyampaikan kira-kira lima ratus beg kuih raya dan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya dengan kerjasama Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, UMNO Bahagian Jerantut dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jerantut,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE