Oleh Zulkepli Osman
Zulkepli@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha, di perkarangan Masjid KUIPSAS.
KUANTAN 21 JULAI 2021. Sebahagian daripada petugas melapah daging pada majlis korban KUIPSAS KUANTAN 21 JULAI 2021. Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr. Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin turut bergotong royong melapah daging lembu ibadah korban di perkarangan Masjid KUIPSAS KUANTAN 21 JULAI 2021. Sebahagian daripada petugas melapah daging pada majlis korban KUIPSAS KUANTAN 21 JULAI 2012. Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid Haji Wan Hassan menyembelih beberapa ekor lembu dan kerbau di Majlis Ibadat Korban KUIPSAS.
Rektor KUIPSAS, Prof Madya Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin, bersama 40 kakitangannya,
bergotong-royong dalam program dua hari dengan mengorbankan lima lembu dan tiga kerbau.
Program tersebut turut disertai Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, yang turut menyempurnakan penyembelihan haiwan korban pada hari pertama.
Daging korban kemudian kemudiannya diedarkan kepada warga KUIPSAS dan golongan yang memerlukan.