Lagi bantuan untuk rakyat disediakan Kerajaan Pahang

Lagi bantuan untuk rakyat disediakan Kerajaan Pahang

Zulkepli Osman

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Komitmen Kerajaan Pahang untuk terus membantu rakyat diteruskan dengan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 Fasa 3 yang dikhususkan untuk golongan anak muda yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD).

Program dengan kerjasama Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang itu membabitkan bantuan berupa 3,300 pek barangan keperluan asas barangan keperluan antaranya beras, tepung, minyak dan gula.

KUANTAN 8 OGOS 2021. Ahli Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang bersama Presidennya  Mohd Izzat Afifi Haji Abdul Hamid menyediakan 3300 pek barangan keperluan asas  untuk disalurkan kepada golongan anak muda yang terjejas akibat pendemik COVID 19 di perkarangan Pasaraya Darul Makmur.

Presiden MBN Pahang, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, bantuan itu disalurkan menerusi 11 Majlis Belia Daerah (MBD) untuk diagihkan kepada golongan yang terkesan.

“Bantuan ini pasti memberi kelegaan kepada golongan muda rakyat Pahang yang terjejas pendapatan akibat PKP dan PKPD,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Fikrah Pahang ketika ditemui selepas mengagihkan pek bantuan kepada wakil 11 Majlis Belia Daerah (MBD) di perkarangan Pasaraya Darul Makmur, Jalan Gambang di sini, hari ini.