Laju betul kerajaan negeri bagi bantuan wang ihsan ke mangsa banjir

Laju betul kerajaan negeri bagi bantuan wang ihsan ke mangsa banjir

TEMERLOH: Seramai 72 lagi ketua isi rumah (KIR) mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 sumbangan kerajaan negeri dalam pusingan kedua nanti. 

Ahli Dun (Adun) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata ia pusingan pertama pemberian wang ihsan itu membabitkan mangsa banjir yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Untuk hari ini, seramai 28 KIR menerima bantuan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan BWI sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 (Kerajaan  Pahang) di Kampung Guntong Kelibang Kerdau, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang berkata, kerajaan negeri juga akan mengagihkan kurniaan YAM Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman Al-Marhum Sultan Ahmad Shah kepada 178 KIR. – ZULKEPLI OSMAN