Lajunya MBK buat kerja

Lajunya MBK buat kerja

KUANTAN: “Sebelum ni selalu juga dengar kononnya MBK (Majlis Bandaraya Kuantan) susah nak kambus lubang dan baiki jalan rosak di taman perumahan.

“Tapi rupanya tak betul langsung. MBK ambil tindakan punyalah cepat, tak sampai 24 jam dah siap,” kata Mohd Yazid Daud, 45, dari Taman Kempadang Perdana 2 di sini.

Menurutnya, dia membuat aduan kepada MBK mengenai jalan berlubang di taman perumahan berkenaan beberapa hari lalu, namun tidak menyangka ia dapat disiapkan dengan segera.

“Kalau saya tak lalu sendiri pengalaman berurusan dengan MBK bagi menyelesaikan masalah sebegini, mungkin saya pun berprasangka tak elok dan menganggap MBK ni culas nak buat kerja seperti dimaklumkan segelintir orang.

“Jadi kepada masyarakat di luar sana, janganlah percaya benda negatif yang orang cerita. Mungkin juga mereka lapor tu berkaitan kerosakan di luar bidang kuasa MBK,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.

Hotline Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)

Sementara itu, jurucakap MBK menasihatkan orang ramai yang ingin membuat aduan mengenai kerosakan kemudahan awam dalam kawasan perumahan atau komersial di Kuantan untuk menghubungi talian WhatsApp 013-380 3660, 1-300-880555 atau 09-5121555/66.

“Orang ramai juga boleh membuat aduan menerusi ‘online’ dengan melayari pautan https://mbk.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau email ke aduan@mbk.gov.my,” katanya. – FIKRAH PAHANG

oleh: tony