DATO’ Dollah Salleh memuji disiplin pemain Sri Pahang FC selepas mencatat kemenangan 3-2, ke atas Penang FC, di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Ketua jurulatih Tok Gajah itu berkata, tiga mata itu meletakkan skuad itu pada kedudukan dan prestasi terbaik dalam saingan Liga Super.
Katanya, biarpun anak buahnya bermain agak perlahan pada awal perlawanan, semangat dan kebangkitan pada penghujung separuh masa pertama amat membanggakan.
“Terima kasih dan kemenangan ini memastikan Sri Pahang berjaya mencapai misi tiga mata di tempat lawan,” katanya.
Pada perlawanan itu, tiga gol Sri Pahang, masing-masing dua dijaringkan oleh Steven Rodriguez pada minit ke-44, m-74 dan David Rowley, m-81.
Dua gol Penang FC pula, masing-masing satu dijaringkan oleh Lucas Silva pada m-51 dan m-64.
Kemenangan itu juga memastikan Sri Pahang berada di kedudukan kelima liga dengan 21 mata menerusi 16 perlawanan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN