Lapan kelab rebut Piala Sultan Pahang 2022

Lapan kelab rebut Piala Sultan Pahang 2022

LAPAN kelab bakal memeriahkan Kejohanan Piala Sultan Pahang (PSP) 2022 edisi pertama, 1-3 September depan.

Kejohanan dalam format kalah mati itu dianjurkan sempena memuliakan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah.

Menurut kenyataan penganjur PSP, lapan pasukan yang mengesahkan penyertaan ialah Alam Mahkota, FC Jerantut, Semantan Troopers dan Yayasan Pahang Maintenance dari Pahang.

Selain itu, katanya, Cyberjaya Teleflow dari Selangor, KRU FC (Kuala Lumpur), FC Kerteh (Terengganu) dan Pasir Pekan FC (Kelantan) akan turut sama membawa cabaran mereka dalam kejohanan itu.

“Venue yang terbabit pula adalah padang sintetik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan padang MBK 2 di Kuantan, padang Majlis Daerah Pekan (MDP), Pekan dan Stadium Tun Abdul Razak di Jengka, Maran.

“Perlawanan akhir akan diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan,” menurut kenyataan itu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN