Lapan rumah di Lipis rosak dibadai ribu

Lapan rumah di Lipis rosak dibadai ribu

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

LIPIS: Sekurang-kurangnya lapan rumah di Kampung Bapong, di sini, mengalami kerosakan berikutan hujan lebat dan ribut di kampung itu, petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lipis, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Bin Yusof, berkata berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada 6.30 petang.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, lapan rumah terbabit mengalami kerosakan bumbung dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Bagi meringankan beban keluarga mangsa ribut, APM menyampaikan bantuan kit makanan,” katanya, hari ini.

Difahamkan, kejadian ribut itu juga menyebabkan beberapa pokok tumbang.