Lebih 100 pengamal media Pahang diraikan

Lebih 100 pengamal media Pahang diraikan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

Gambar Mustaffa Kamal

KUANTAN: Kira-kira 100 pengamal media Pahang diraikan pada Majlis Malam Media Darul Makmur 2021 di Hotel Grand Darul Makmur, di sini malam ini.

Majlis berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Dato’ Mohammad Fakhruddin Mohd Arif; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Dato’ Abdul Wahab Mohamad Ali.

Majlis itu turut menekankan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan Covid-19.

Selain jamuan makan malam, majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah dan persembahan nyanyian.

Berucap pada majlis itu, Wan Rosdy berkata, majlis berkenaan diadakan dalam usaha mengeratkan silaturahim antara kerajaan negeri dan pengamal media.

“Saya gembira kerana mendapat kerjasama baik dengan pengamal media Pahang dan majlis ini akan dijadikan acara tahunan,” katanya.

Wan Rosdy turut menghiburkan hadirin apabila menyanyikan dua lagu secara ‘live’ iaitu Curi Curi yang dipopularkan kumpulan D’Lloyd dan Terkenang Semasa Dulu oleh R Azmi sambil diiringi kumpulan pemuzik jemputan