Lebih 13 tan al-Quran rosak kerana banjir sudah dilupuskan 

Lebih 13 tan al-Quran rosak kerana banjir sudah dilupuskan 

PEKAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah melupuskan lebih 13 tan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak akibat banjir akhir tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Noridzuan Abdul Manan, berkata peringkat pertama proses pelupusan dibuat di pusat pelupusan milik JAIP di Pekan.

Menurutnya, pihaknya sudah menghantar 10 tan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran ke pusat pelupusan swasta di Kampung Temin, Jerantut, minggu lalu.

“Kita akan buang bongkah abu ke laut apabila semua al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran yang rosak sudah dilupuskan,” katanya, di sini, hari ini. – MOHD IMRAN IZZAD