KUANTAN: Penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghadapi banjir di Pahang akan membabitkan 86 pegawai dan 1,828 anggota.
Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, berkata aset di Pahang pula membabitkan 21 unit bot, 30 unit trak tiga hingga tujuh.
“Saya turut mengarahkan kepimpinan ATM di Pahang untuk sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan Pahang serta semua agensi bertanggungjawab.
“Seterusnya menghulurkan sebarang bantuan yang diperlukan demi kepentingan rakyat Pahang sepanjang banjir,” katanya.
Hishammuddin berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Aset Banjir Kementerian Pertahanan di Pangkalan Udara Kuantan, di sini, semalam.
Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, secara keseluruhannya, ATM bersedia dan berada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk menghadapi banjir termasuk sekiranya ia berlaku ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). – MUHAMMAD IZZ ZAHIN