Lebih 40 lori balak diperiksa

Lebih 40 lori balak diperiksa

KUANTAN: Lebih empat puluh lori balak diperiksa sepanjang ‘Operasi Merdeka’, sepanjang 15-19 Ogos lalu. 

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) JPNP, Nor Azirim Ahmad, berkata operasi diadakan bagi memeriksa pematuhan garis panduan muatan balak terutama membabitkan keselamatan lori serta cukai kayu balak.

Katanya, operasi bersepadu itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membabitkan beberapa laluan utama di daerah ini, Rompin, Temerloh serta Jerantut.

Menurutnya, operasi dilakukan siang dan malam terutama membabitkan beberapa laluan yang biasa digunakan oleh lori balak di negeri ini.

“Saya dapati lori balak yang diperiksa mematuhi peraturan. Bagi kesalahan kenderaan, tindakan itu diambil oleh JPJ,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD