Lebih seribu murid di Jerantut terima BPP 2022

Lebih seribu murid di Jerantut terima BPP 2022

JERANTUT: Sekurang-kurangnya 1,746 murid tahun satu di daerah ini menerima sumbangan awal persekolahan RM100 bagi sesi 2022 di Dewan Majlis Daerah Jerantut (MDJ), di sini. 

Sumbangan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2022 itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Nazri Ngah.

Nazri berkata, sumbangan itu membabitkan 51 sekolah rendah dan ia menunjukkan keprihatinan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bagi meringankan beban ibu bapa.

Katanya, kerajaan negeri menyedari situasi semasa ibu bapa dalam menguruskan perbelanjaan anak sekolah dan bantuan itu diharap dapat menampung kewangan keluarga yang terbabit. – MUHAMMAD NAJMIE