Lepas Jumaat, pekena Juadah Makmur… Mantak

Lepas Jumaat, pekena Juadah Makmur… Mantak

LIPIS: Kerajaan Pahang menunaikan janji menyediakan Juadah Makmur untuk dinikmati jemaah masjid selepas selesai solat Jumaat.

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata untuk permulaan, Juadah Makmur mula diagohkan di beberapa masjid di daerah ini iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai, Benta dan Padang Tengku, hari ini.

“Seperti saya umumkan sebelum ini, Kerajaan Pahang akan mengadakan Juadah Makmur di setiap DUN selepas solat Jumaat pada setiap minggu.

“Ini satu pendekatan baharu yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk rakyat Pahang dengan peruntukan berjumlah RM11 juta setahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap program sedemikian mampu menjadi jambatan menghubungkan rakyat dan kerajaan negeri supaya menjadi lebih erat untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama. – HELMY ABD RAHMAN