Lepas ni makin mudahlah bagi bantuan untuk aokme

Lepas ni makin mudahlah bagi bantuan untuk aokme

KUANTAN: Kerajaan Pahang bercadang mewujudkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) digital secara berpusat bagi memudahkan urusan bantuan dilakukan.

Idea itu diilhamkan sendiri YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika melakukan lawatan di PKOB Daerah Kuantan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, malam tadi.

“Malam ini, saya meninjau PKOB Daerah Kuantan di Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan. Saya telah mencadangkan idea penambahbaikan supaya kerajaan negeri dapat mewujudkan sebuah pusat operasi yang ‘centralize’ dan digital.

“Ini tentunya memudahkan lagi kakitangan pusat kawalan operasi untuk menghantar bantuan kepada rakyat yang memerlukan khususnya dalam situasi bencana seperti yang sedang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan di PKOB seluruh Pahang yang bertungkus-lumus dan berkorban masa memudahkan misi bantuan mangsa banjir di negeri ini. HELMY ABD RAHMAN