Letihlah dah 3 kali tukar, janganlah curi yek

Letihlah dah 3 kali tukar, janganlah curi yek

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpagang@gmail.com

KUANTAN: Papan tanda peringatan ‘Jangan curi, please sudah 3x tukar’ dan `amaran anda sedang diperhatikan CCTV’ berjaya menyekat kes kecurian pokok bunga hiasan milik Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat (MBK), Norkamawati Kamal, papan tanda berkenaan memberi kesan positif, khusus mengekang kecurian pokok bunga hiasan, terutama di sekitar kawasan Taman Tas.

“Kita harap masyarakat menghargai usaha yang dilakukan MBK dalam usaha mengindah dan menceriakan bandar raya Kuantan,” katanya. 

Pada Ogos lalu, MBK kerugian RM2,500 apabila 150 pokok bunga hiasan spesies ‘ixora sunkist’ dicuri di Jalan Kuantan-Gambang, dekat Taman Tas.

Tidak mahu kejadian berulang, papan tanda peringatan bahawa warga Kuantan diperhatikan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang.

Antara lokasi CCTV dipasang adalah di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Jalan Kuantan-Gambang, Jalan Pintasan Kuantan dan Jalan Wong Ah Jang.