Liga dah nak mula, padang kena molek

Liga dah nak mula, padang kena molek

KIRA-KIRA RM15,000 diperuntukkan oleh Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) untuk menaik taraf padang Stadium Darul Makmur.

Pengurus PSDM, Mohd Izzuddin Mohd Kenali berkata, pelaksanaan kerja itu dilakukan dalam usaha untuk memastikan padang rumput dalam keadaan baik.

Selain itu, katanya, ia sebagai persediaan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini membabitkan pasukan Sri Pahang FC.

“Kira-kira sebulan diperlukan untuk memastikan padang rumput dalam keadaan baik sebelum saingan Liga M bermula nanti,” katanya.

Berdasarkan jadual perlawanan Liga Super musim ini, Sri Pahang akan memulakan aksi pertama di Stadium Darul Makmur apabila melayan kunjungan Terengganu FC (TFC), 5 Mac depan.