Lihat kebesaran Allah SWT

Lihat kebesaran Allah SWT

KUANTAN: Seorang wanita terkejut apabila mendapati daging korban yang ingin dimasaknya, tertera corak seakan-akan kalimah Allah.

Suzita Sulong, 43, dari Kampung Chendor, Jalan Kuantan – Kemaman di sini, berkata daging itu diperoleh daripada anak saudaranya pada hari kedua Aidiladha, Isnin lalu.

SUZITA Sulong menunjukkan daging korban bercorak seakan-akan kalimah Allah

“Semalam saya rebus daging ini dan pagi tadi kira-kira jam 11 pagi, saya potong untuk masak daging asam.

“Pada hirisan pertama, saya nampak daging ini seperti bercorak dan bila lihat betul betul, ia seakan kalimah Allah,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.

Menurutnya, dia kemudian menunjukkan potongan daging berkenaan kepada abangnya yang turut mengakui corak berkenaan kelihatan seperti kalimah Allah.

“Abang saya (Dato’ Suhaimi Sulong) turut bersetuju bahawa corak pada daging korban ini seakan-akan kalimah Allah,” katanya.

Menurut Suzita, berikutan itu, dia tidak jadi memasak daging dan menyimpannya di dalam peti sejuk.

“Saya bercadang untuk menanam daging itu beberapa hari lagi. Kejadian ini benar-benar menginsafkan saya dan pada masa sama semakin mengagumi kebesaran Allah SWT,” katanya. – HUSIN IBRAHIM

Ends/tony