Lima JKKK di Jelai terima bot gentian kaca dan enjin

Lima JKKK di Jelai terima bot gentian kaca dan enjin

fikrahpahang@gmail.com

LIPIS: Sebagai persediaan banjir, lima Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai menerima sebuah bot gentian kaca beserta enjin, kelmarin

Lima JKKK berkenaan ialah Kuala Serau, Kuala Medang, Tanjung Gahai, Lubuk Kulit dan Kampung Beletik.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berkata, perkara yang berkaitan keselamatan dan nyawa penduduk menjadi keutamaan.

“Oleh itu, lima JKKK di DUN Jelai menerima sebuah bot gentian beserta enjin sebagai persediaan musim banjir.

“Semoga sumbangan ini akan memudahkan sedikit sebanyak urusan penduduk kampung pada masa akan datang,” katanya.