Lima pemain hoki remaja Pahang masuk universiti

Lima pemain hoki remaja Pahang masuk universiti

KEGEMBIRAAN terpancar diwajah lima pemain hoki remaja Pahang semalam apabila mereka diterima untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Putra Malaysia (UPM).

Semua pemain berusia 20 tahun itu berasal dari Temerloh itu ialah Wan Muhammad Najmi Ahmad Dzaib, Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini, Nik Asharuddin Nik Ahamad, Muhammad Hazim Mohd Ahir dan Muhammad Amir Ikqmal Ahmad Mustaqiem.

Bagi Wan Muhammad Najmi, dia bersyukur apabila impian menyambung pelajaran ke menara gading menjadi kenyataan berkat usaha dan displin dipraktikkannya selama ini.

“Sepanjang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh, saya sentiasa mementingkan aspek pembahagian masa antara sukan hoki yang begitu padat dan pelajaran.

“Alhamdulillah, saya bersyukur apabila impian menyambung pengajian ke peringkat universiti kini menjadi kenyataan. Sokongan keluarga, jurulatih dan rakan-rakan pencetus kepada kejayaan manis ini,” katanya, di sini hari ini.

Dia yang mengambil jurusan pendidikan jasmani berkata, selepas ini dia perlu membahagikan masa antara pasukan remaja kebangsaan, skuad Pahang dan pelajaran. – MOHD IMRAN IZZAD.