TEMERLOH: Kira-kira lima ribu kotak Aidilfitri dan seratus kampit beras akan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata pengagihan kotak itu akan dilakukan oleh ketua kampung.
Katanya, sumbangan itu diterima daripada Kerajaan Pahang selepas mendapat persetujuaan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang.
“Sumbangan ini diharap meringankan beban dan menceriakan penerima yang layak,” kata Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan Aidilfitri itu kepada 26 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Kerdau, hari ini,
Kotak Aidilfitri itu berisi beras pulut, susu, biskut raya, ketupat mini, bihun, gula, garam, kacang tanah, santan, tepung gandung dan kopi uncang.
Antara kawasan terbabit ialah Badok, Telok Sentang, Desa Baru Purun, Kerai, Paya Perak, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Batu Sawar, Kampung Gunung Senyum, Kampung Pulau Raya, Kampung Rumpun Makmur.
Selain itu, Kampung Sri Tanjung, Kampung Benom, Kampung Tekal, Kampung Bukit Lada, Kampung Guntong Kelibang, Kampung Lipat Kajang Masjid.
Kampung Lipat Kajang Darat, Kampung Kuala Kerdau, Kampung Paya Taram, Kampung Ketam, Kampung Peragap, Kampung Desa Murni, Felda Tongking, Felda Jengka 25 dan Felda Jengka 22.
Pusat Khidmat DUN Kerdau juga menyampaikan sumbangan bungkusan khas Aidilfitri kepada penghulu dan ketua kampung yang turut hadir.
Sumbangan itu adalah baju Melayu, barangan dapur dan sedikit sumbangan kewangan untuk pengurusan Ramadan balai penghulu.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN