Lima sungai di Pahang melepasi paras waspada

Lima sungai di Pahang melepasi paras waspada

KUANTAN: Lima sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras waspada, pada kira-kira 10 pagi, hari ini.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai itu adalah Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang dan Sungai Pahang di Lubuk Paku di Maran.

Selain itu, Sungai Pahang di Paloh Hinai, di Pekan, Sungai Keratong (Jalan Kota Bahagia, Rompin) dan Sungai Belat (Seri Damai) turut merekodkan bacaan waspada. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN