KUANTAN: Beberapa kawasan di daerah Lipis dan Jerantut diramal berlaku banjir, kira-kira 8 malam esok, berdasarkan simulasi model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
JPS dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan kawasan diramal banjir ialah Kampung (Kg) Beralas, Kg Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitarnya di Lipis.
“Di Jerantut pula adalah di Kampung Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.
Turut diramal berlaku banjir ialah di Bera dan Jerantut pada kira-kira 8 pagi, Isnin, iaitu membabitkan Kg Seberang Guai, Jalan Kg Durian, Kg Bukit Imam Sulong dan kawasan sekitarnya di Bera.
“Di Jerantut pula di Kg Besol, Paya Gintong, Kg Batu Kawah, Kg Perian, Kg Jeransang, Kg Tanjung Betung, Kg Rial, Kg Tanah Nyior, Kg Teh, Kg Jerantut Feri dan kawasan sekitarnya,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN