“Orang Pelangai tahu siapa Dato’ Amizar. Orang Pelangai tahu siapa yang buat kerja. Orang Pelangai tahu siapa yang boleh tolong kita nanti. Saya tak perlu dah kempen sungguh-sungguh.” kata bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob yang turun berkempen bagi membantu calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Beliau yang kini berusia 73 tahun pernah berkhidmat sebagai ADUN Pelangai selama lapan penggal antara 1986 hingga 2022 .
Menurut Dato’ Amizar Abu Adam yang dipetik menerusi akaun Facebook miliknya berkata” Siapa je yang tak kenal Long Nan kan, ketokohan dan kepimpinan beliau telah menjadi pengajaran kepada ramai orang termasuklah diri saya sendiri.
“Sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Pahang dan Adun Pelangai dahulu, acap kali beliau mengajak saya untuk membantunya di Pelangai. Waktu itu saya masih aktif dalam kepimpinan anak-anak Felda. Segala tunjuk ajar dan amanat yang diberikan selama ini pastinya akan dimanfaatkan demi kebaikan orang #PelangaiKita. Terima kasih kerana bantu saya turun berkempen di Pelangai”.
Oleh: Kabhi Ismail