Long Nan bagi sokongan ke calon BN Bentong

Long Nan bagi sokongan ke calon BN Bentong

BENTONG: Bekas Menteri Besar, Tan Sri Adnan Yaakob membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar yang mementingkan keutuhan dan kejayaan parti apabila hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Perak Sultah Haji Ahmad Shah, Bentong, hari ini.

Kehadirannya ternyata menaikkan semangat calon dan penyokong BN yang rata-rata kagum dengan kesanggupannya ‘turun padang’ walaupun sudah mengumumkan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini. – ZULKEPLI OSMAN