KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) memaklumkan bahawa beberapa kawasan dijangka mengalami keadaan tekanan air rendah berikutan banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, perkara itu berlaku kerana penggunaan air yang terlalu tinggi secara serentak bagi tujuan pembersihan rumah dan premis yang terjejas akibat banjir.
“Selain itu, kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan turut menyebabkan jajaran paip terputus dan pecah.
“Bagaimanapun, hampir semua Loji Rawatan Air (LRA) sudah beroperasi sepenuhnya. Proses pemulihan memerlukan masa dan akan pulih secara berperingkat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang PAIP di www.paip.com.my dan aplikasi Telegram, Notis Gangguan Bekalan Air Negeri Pahang untuk mendapatkan maklumat mengenai Notis gangguan bekalan air atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 09-573 9999 bagi sebarang pertanyaan dan aduan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN