Maafkan kami, kata CEO Sri Pahang 

Maafkan kami, kata CEO Sri Pahang 

KELAB Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memohon maaf di atas kesulitan dihadapi Terengganu FC (TFC) disebabkan penundaan perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium darul Makmur, malam ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Dato’ Mohammed Suffian Awang, ini kerana kelab itu tidak menyangka berdepan jangkitan Covid-19 di kalangan pemain dan pegawai.

Katanya, pada masa sama, pasukan TFC sudah tiba di Kuantan ketika keputusan PCR yang diperolehi pada 12 tengah hari, semalam.

“Kami mohon maaf kepada pasukan TFC yang sebenarnya sudah pun berada di Kuantan.

“Keputusan positif jangkitan Covid-19 itu menyebabkan pasukan TFC terpaksa balik ke Kuala Terengganu,” katanya.

Disebabkan positif Covid-19, skuad bimbingan Christophe Gamel terpaksa menunda tiga perlawanan iaitu menentang TFC, Selangor FC pada 8 Mac ini dan Manjung City (12 Mac). – MUHAMMAD IZZ ZAHIN