Maahad Tahfiz Ar-Rush dijangka siap November 2022

Maahad Tahfiz Ar-Rush dijangka siap November 2022

KUANTAN: Projek Pembangunan Maahad Tahfiz Ar-Rush di Kampung Tanjung Gahai, Lipis dijangka siap pada November tahun ini.

Jangkaan itu selepas YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan lawatan kerja pelaksanaan projek sekolah itu, semalam.

Selain mendengar taklimat projek, Wan Rosdy turut meninjau kerja pembinaan Maahad Tahfiz Ar-Rush itu.

“Projek pembangunan Maahad Tahfiz Ar-Rush ini dijangka siap pada November ini. Semoga dengan penubuhan maahad tahfiz ini akan dapat melahirkan lebih banyak generasi huffaz di Pahang pada masa akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN