Keratong , 29 Oktober 2024 : Pertubuhan Kebajikan Mahabbah Malaysia (Mahabbah Malaysia) sebuah organisasi NGO bersama rakan strategik Yayasan KOSMA mengerakkan usaha membentuk usahawan dibawah B40 agar mampu berdaya saing dibidang keusahawanan. Kursus yang dikenali sebagai ‘Program Keusahawanan dan Kemahiran 2024 bertempat di Kompleks Ladang KOSMA Keratong yang bermula 26 Oktober sehingga 29 Oktober 2024 di sertai 30 peserta terdiri dari kalangan usahawan B40 dari Temerloh, Bera dan Bentong.
Sepanjang program ini berlangsung peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek kemahiran dan keusahawanan dalam membentuk karakter usahawan agar mampu berdaya saing dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Presiden Mahabbah Malaysia, Dr. Azzah Muyassarah ketika ditemui berkata, “Mahabbah telah melatih hampir tujuh ribu usahawan telah dilatih diseluruh Malaysia, dari keseluruhan usahawan yang dilatih ini, hampir 10 peratus usahawan telah mencapai target ‘Zero to Hero’ dalam bidang perniagaan.
Ujarnya lagi, “Dalam program ini, usaha Yayasan KOSMA yang berhasrat memberikan ‘pancing’ kepada peserta, untuk dizahirkan bahawa usahawan B40 mampu berdaya saing, bekas-bekas peserta yang ditakrifkan sebagai ‘Zero to Hero’ telah dijemput sebagai jurulatih bagi membimbing usahawan B40 teknik dan kemahiran untuk berjaya di bidang perniagaan yang akhirnya menoktahkan kemiskinan di negeri Pahang.
Peniaga pasar malam, Norazila binti Bolang, 49 tahun dari Felda Chemomoi berkata “program ini amat memberikan manfaat kepadanya yang sebelum ini langsung tiada pengalaman dan kemahiran berkaitan teknik keusahawan dan amat bersyukur apabila dipilih menyertainya”.
Untuk rekod, Mahabbah Malaysia telah terlibat sebagai penyelaras program bersama rakan-rakan strategik untuk melatih, membangun dan menguruskan pembangunan usahawan diseluruh malaysia melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kemajuan Desa dan pelbagai rakan strategik…tamat
OLEH : KabhiIsmail.