Main pingpong sambut Hari Kebangsaan 2022

Main pingpong sambut Hari Kebangsaan 2022

BEREGU Mohd Faisal Mohd Saari/Hazmi Mustafa muncul juara Kejohanan Pingpong Merdeka Tertutup Taman Seri Inderapura, di Dewan Taman Seri Inderapura, di sini, semalam.

Kejohanan yang diadakan secara liga itu menyaksikan beregu itu merekodkan lima kemenangan manakala pasangan Wan Muhammad Izzat Wan Ibrahim/Mohamed Khalil Harun muncul naib johan dengan empat kemenangan.

Tempat ketiga berpihak kepada beregu Mohd Rafi Mamat/Mohd Suhkeri Abd Mubin yang mencatat tiga kemenangan.

Pengerusi kejohanan, Hazmi Mustafa berkata kejohanan berkenaan dianjurkan Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Taman Seri Inderapura dan enam beregu mengambil bahagian.

“Kejohanan diadakan sempena meraikan Hari Kebangsaan 2022 dan juga bagi mengeratkan lagi hubungan di kalangan penduduk setempat,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD