Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Pic Mohd Imran Izzad
KUANTAN: Sekretariat
Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (MAKPEN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Covid 3.0 mengagihkan bantuan keperluan asas kepada 594 golongan memerlukan di daerah ini.

(PKP) 3.0.
Setiausaha Kehormat MAKPEN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman, berkata, 877 permohonan diterima sejak beroperasi 1 Jun lalu.
Menurutnya, antara barangan bantuan yang diberikan ialah beras, minyak masak, sardin, bihun, gula, tepung dan biskut di samping lampin pakai buang kanak-kanak serta dewasa, susu khas, tuala wanita dan ubat.

Ahmad Faizal Hazizan memilih lampin pakai buang untuk diagihkan kepada golongan memerlukan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Katanya, sokongan dan bantuan diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) yang menyediakan barangan melancarkan misi bantuan untuk golongan memerlukan di daerah ini.
“Sekretariat MAKPEN beroperasi di bangunan lama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dibantu lebih 15 sukarelawan daripada sebelas NGO yang turut sama menyalurkan barangan keperluan.
“Setiap individu menerima bantuan keperluan asas bernilai antara RM70 hingga RM250 bergantung kepada keperluan,” katanya.

“Hampir setiap hari agihan bantuan dilakukan oleh sukarelawan, langkah keselamatan jangkitan wabak COVID-19 sentiasa diberi keutamaan,” katanya.