Malik harap sembuh sebelum Liga M bermula

Malik harap sembuh sebelum Liga M bermula

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff mengharapkan kecederaan kaki yang dialami sembuh sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula Mac depan.

Pemain berpengalaman itu berkata, bagi mempercepatkan proses itu, dia kini menjalani sesi fisioterapi setiap hari di sebuah hospital di Kuantan.

“Berdasarkan tahap kecederaan yang dialami pada kaki kiri, kira-kira tiga minggu tempoh untuk sembuh,” kata pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu.

Musim ini, Malik dijangka menjadi taruhan skuad kendalian Christophe Gamel selaku pemain utama.

Namun, kehadiran beberapa pemain baharu termasuk import memberi saingan untuk berada di dalam kesebelasan utama. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN