Malik kejar kesebelasan utama

Malik kejar kesebelasan utama

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff mahu memanfaatkan latihan dan aksi persahabatan dalam usaha memikat hati ketua jurulatih, Christophe Gamel, untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama pasukan itu.

Namun, Malik mengakui dia perlu bersaing dengan beberapa pemain memandangkan masing-masing berpeluang untuk terpilih dalam skuad utama.

“Sebagai pemain, saya akan lakukan yang terbaik dan mahu membuktikan kepada pasukan bahawa mampu memberikan prestasi terbaik dalam membantu pasukan mencatat keputusan membanggakan.

“Diharapkan sepanjang tempoh ini iaitu sebelum Liga M bermula Mac depan, saya dapat buktikan kepada barisan kejurulatihan bahawa saya antara 11 pemain berkenaan,” katanya.

Musim ini, selain Malik, pemain tengah lain yang turut beraksi bersama skuad Tok Gajah ialah Sean Gan Giannelli, Baqiuddin Shamsudin dan Zuhair Aizat Mohd Nazri. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN