Malik kerling kesebelasan utama

Malik kerling kesebelasan utama

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff mengesahkan sudah pulih daripada kecederaan kaki kiri yang dialami, Februari lalu.

Justeru, Abdul Malik bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah terutama berdepan Manjung City FC pada pusingan pertama Piala FA, di Kuantan, pada 23 Mac ini.

“Saya sudah pulih 100 peratus daripada kecederaan pada kaki kiri selepas menjalani sesi fisioterapi yang banyak membantu mempercepatkan proses pemulihan.

“Oleh itu, saya kini memberikan tumpuan kepada latihan dan mahu mendapatkan kepercayaan barisan kejurulatihan dalam senarai skuad utama,” katanya.

Terdahulu, pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu terpaksa berehat kira-kira tiga minggu selepas ditimpa kecederaan ketika latihan pusat di Pekan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN