Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff mahu muncul sebagai penjaring dalam saingan Piala Malaysia musim ini.
Justeru, Malik akan memastikan perlawanan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada aksi pembukaan piala berprestij itu, Ahad ini, sebagai langkah pertama.
Bagaimanapun, katanya, fokus utama ialah memastikan tiga mata berpihak kepada skuad Tok Gajah.
“Bagi saya, kemenangan pada perlawanan pertama akan membantu meningkatkan motivasi dalam memburu tempat kedudukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia.
“Sehingga ini, sesi latihan berjalan lancar dan semua pemain berada pada prestasi terbaik,” katanya.
Musim ini, Malik menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Super.
Pada saingan Piala Malaysia musim ini, Sri Pahang diundi dalam Kumpulan A bersama Penang FC, KL City dan naib juara Liga Perdana musim ini.