PENYERANG Sri Pahang FC (Sri Pahang), Abdul Malik Mat Ariff mahu muncul penjaring sekali gus membantu skuad itu mencatat kemenangan ke atas Penang FC apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi suku Piala FA di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Pemain kelahiran Kuantan itu berkata, kelebihan beraksi di halaman sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk merebut slot ke separuh akhir piala berprestij itu.
Katanya, skuad Tok Gajah juga berada pada prestasi terbaik untuk memastikan misi kemenangan ke atas Penang FC menjadi kenyataan.
“Saya dan rakan sepasukan dengan sokongan peminat Tok Gajah akan melakukan yang terbaik demi Sri Pahang.
“Namun, kami akan tetap berwaspada dengan tentangan yang bakal diberikan pemain lawan,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN