Mamat Exists serikan Karnival Permotoran Kuantan 3 Mei

KUANTAN 23 Mac 2025 – Vokalist popular, Mamat Exists atau nama sebenar Mohd Ali Kamaruddin menyerikan lagi Majlis Iftar Ramadan bersempena Majlis Peluncuran Baju Karnival Permotoran Kuantan (KPK) di Event Hall, Era Gemilang di sini petang semalam.
Pengerusi program, Mohd Shukur Othman yang juga Ketua Pegawai Operasi Legasi Era Gemilang Sdn Bhd selaku penganjur utama berkata, Karnival permotoran yang bakal diadakan pada 3- 4 Mei ini bertujuan mengumpulkan peminat dunia permotoran di samping memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada golongan muda selain mempromosikan eko-pelancongan negeri Pahang.
“Selain Mamat Exists, kita turut memperkenalkan Influencer Pokteh Racing yang terkenal dengan konten pemotorannya” katanya.
Majlis Iftar tersebut turut dihadiri Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Mohd Azmi Othman.- Fikrah Pahang.