Mana ada pilih kasih

Mana ada pilih kasih

KUANTAN: Kerajaan Pahang tidak pernah meminggirkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini dan ia terbukti menerusi bantuan terkumpul hampir RM2 juta yang sudah disalurkan sejak 2019, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Beliau berkata, mengikut pecahan, sebanyak RM715,000 disalurkan kepada SJKT pada 2019 dan 2020, diikuti RM101,725 (2021).

“Untuk tahun ini pula, lebih RM1.01 juta bantuan sudah disalurkan kerajaan negeri untuk SJK Tamil di negeri ini.

“Kerajaan negeri juga membantu murid di SJK Tamil melalui BSR (Biasiswa Seklah Rendah) Yayasan Pahang bermula 2020 iaitu sebanyak RM607,200,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kamache Doray Rajoo (DAP-Sabai) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari 

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim yang juga Ahli DUN (ADUN) Kerdau, berkata jumlah berkenaan tidak termasuk permohonan terus pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK Tamil melalui ADUN kawasan masing-masing.

“Permohonan ini mendapat perhatian YAB Menteri besar (Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail). Antara PIBG sekplah terbabit ialah dari SJK Tamil Ladang Selborne ebanyak RM6,000; SJK Tamil Bandar Mentakab (RM1,000); SJKT Sri Telmong (RM2,000); SJKT Kuala Lipis (RM1,000) dan SJKT Ladang Beong Kerdau (RM2,000).

“Selain itu, SJKT Sg Palas (RM5,000); SJKT K Teria (RM5,000); SJKT Ladang Boh 1 (RM5,000); SJKT Blue Valley (RM5,000); SJKT Karak (RM3,000); SJKT Shum Yip Leong (RM5,000); SJKT Ladang Selborne (RM1,000); SJKT Ladang Karmen (RM1,000); SJKT Ladang Cheroh (RM3,000); Ladang Karmen (RM1,000); SJKT Ladang Menteri (RM1,000) serta Bandar Jerantut (RM2,000),” jelasnya. – HELMY ABD RAHMAN