Mangsa bah di Kelantan, Terengganu kian turun

Mangsa bah di Kelantan, Terengganu kian turun

KUANTAN: Sekurang-kurangnya 13,262 mangsa daripada 4,532 keluarga berada di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan 8,634 mangsa daripada 2,459 keluarga di Terengganu, sehingga kira-kira 5 petang, hari ini.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu menunjukkan penurunan 3,526 mangsa banjir di Kelantan berbanding 16,788 mangsa daripada 48 PPS, pada kira-kira 9 pagi, hari yang sama.

Hanya dua daerah iaitu PPS Tumpat dan Pasir Mas masih dibuka.

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan dua sungai merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan 65 PPS daripada 102 PPS yang dibuka di Terengganu.

Enam daerah yang terbabit dengan banjir adalah Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN