KUANTAN: Sekurang-kurangnya 1,323 ketua isi rumah (KIR) di daerah ini yang terjejas banjir pada 2021 diminta untuk menuntut Bantuan Barangan Keperluan Asas (BBKA) dan Baik Pulih Rumah (BPR).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Dato’ Hamdan Hussin, berkata daripada jumlah itu, 705 KIR membabitkan BBKA manakala BPR pula 618 KIR.
Katanya, bantuan itu akan dikembalikan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (SDO) Pahang, jika kesemia KIR gagal berbuat demikian sebelum 28 Februari 2023.
Sebenarnya pelbagai langkah dilakukan termasuk menerusi panggilan telefon dan surat makluman kepada KIR yang terjejas banjir tahun lalu.
“Bagaimanapun, mereka gagal hadir untuk menuntut bantuan itu. Sepatutnya penyerahan bantuan ini akan berakhir esok (31 Disember 2022) tetapi dilanjutkan sehingga Februari 2023,” katanya.