Mangsa banjir dah balik, air kian surut

Mangsa banjir dah balik, air kian surut

PEKAN: Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, di sini, mula ditutup selepas 141 mangsa banjir di dua kampung dibenarkan pulang secara berperingkat. 

PPS yang menempatkan 142 mangsa banjir membabitkan 36 keluarga daripada Kampung Sungai Miang dan Kampung Cenderawasih dibuka pada Isnin lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman, berkata pihaknya menutup PPS SK Sinar Mutiara apabila semua mangsa banjir dibenarkan pulang.

“Saya difahamkan kebanyakan mangsa banjir di kawasan ini hampir setiap tahun terpaksa berpindah ke PPS SK Sinar Mutiara kerana banjir,” katanya. 

Beliau berkata, PPS di Bera, Temerloh dan Pekan yang menempatkan 450 mangsa turut ditutup selepas banjir mula surut. – MOHD IMRAN IZZAD