Mangsa banjir di Kelantan menurun

Mangsa banjir di Kelantan menurun

KUANTAN: Mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 16,788 orang setakat 9 pagi ini, berbanding 17,397 orang, malam tadi. 

Semua mangsa membabitkan 5,631 keluarga berada di 48 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri itu. 

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),  daerah itu ialah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh.

Sementara itu, laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan dua sungai merekodkan bacaan melepasi paras bahaya.

Sungai berkenaan ialah Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai pula melepasi paras waspada. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN