Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu catat penurunan

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu catat penurunan

KUANTAN: Kelantan merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 29,764 orang daripada 8,897 keluarga, pada 6.15 petang, hari ini.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu turun berbanding 30,792 orang, pada kira-kira 9 pagi, pada 21 Disember. 

Sehingga ini, 115 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan semua mangsa banjir di Kelantan. 

Lapan daerah yang terjejas adalah Pasir Mas, Pasir Puteh  Tumpat, Kota Bharu, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang dan Bachok. 

Sementara itu, di TERENGGANU juga merekodkan penurunan jumlah penduduk terjejas iaitu 36,298 mangsa daripada 9,935 keluarga. 

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memaklumkan 266 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Lapan daerah yang terbabit dengan banjir adalah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN