Mangsa banjir di Pahang meningkat, lima sungai paras bahaya

Mangsa banjir di Pahang meningkat, lima sungai paras bahaya

KUANTAN: Lebih lima ratus mangsa banjir daripada 150 keluarga kini ditempatkan di 25 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub dan Maran, pagi ini, berbanding 169 keluarga daripada 45 keluarga di sembilan PPS, semalam. 

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga kira-kira 8 pagi ini, 17 PPS dibuka di Raub manakala lapan PPS di Maran.

Sementara itu, lima sungai melepasi paras bahaya iaitu 

1 Sungai Tembeling di Kampung Merting di Jerantut 

2 Sungai Lipis Batu Malim, Raub

3 Sungai Lepar di Jambatan Gelugor

4 Sungai Kuantan di Bukit Kenau 

5 Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan

Sungai Pahang di Kuala Krau,Temerloh dan Sungai Jempol di Ran Felda Jengka, Maran pula melepasi paras amaran manakala lapan lagi sungai melepasi paras berjaga-jaga.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN