Mangsa banjir di Pahang menurun

Mangsa banjir di Pahang menurun

KUANTAN: Jumlah penduduk yang terjejas banjir di daerah ini semakin berkurangan apabila merekodkan 221 mangsa daripada 62 keluarga setakat 8 pagi, hari ini.

Tiga PPS di daerah ini yang masih dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular yang merekodkan 38 mangsa daripada 10 keluarga.

Ia diikuti 138 mangsa daripada 39 keluarga di SK Cherating dan 45 mangsa daripada 13 keluarga di Surau Kampung Chendor. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN