KUANTAN: Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan menunjukkan penurunan iaitu 30,143 mangsa, pagi ini, berbanding 32,029 mangsa yang direkodkan, pada petang semalam.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan melaporkan semua mangsa membabitkan 9,200 keluarga itu berada di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.
Ia membabitkan sembilan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Pasir Puteh, Bachok, Tumpat dan Jeli.
Daerah Pasir Mas merekodkan mangsa paling ramai iaitu 13,899 orang daripada 4,624 keluarga yang berada di 34 PPS. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN